Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

12) PORTFOLIO PELANCONGAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan portfolio Pelancongan tahun 2015?

     

    Kerajaan Negeri Selangor telah memilih tahun 2015 sebagai Tahun Melawat Selangor dan program ini dijangka akan merancakkan lagi industri pelancongan di negeri Selangor dan dapat meningkatkan lagi pendapatan kepada semua pemain industri sekali gus meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Selangor .

    Sehubungan dengan itu penganjuran Tahun Melawat Selangor 2015 adalah di bawah seliaan dan pentadbiran Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Puan Elizabeth Wong (UPEN Pihak Berkuasa Tempatan). Selain itu turut menjadi sekretariat Tahun Melawat Selangor 2015 ialah Jawatankuasa Pelancongan yang dianggotai Ahli Lembaga Pengarah Tourism Selangor seperti berikut :

    1. Yang Berbahagia Datin Jasmine Abdullah Heng
    2. Yang Berusaha En Anthony Wong
    • Wakil Pihak Pejabat Menteri besar

     

    Turut menjadi               jawatankuasa     bersama      ialah  Pengurus Besar                Tourism Selangor . Antara lain jawatankuasa  ini  akan  memastikan semua aktiviti, acara    dan         program    yang                telah          dirancang sebelum ini dijalankan serta memberikan  impak      yang     baik       terhadap              industri  pelancongan di negeri Selangor. Selain daripada itu sekretariat ini juga akan menjadi pengawal kepada  penggunaan  semua  peruntukan      agar      ianya   dapat dibelanjakan secara berhemat dan terkawal .

     

    Walau bagaimanapun bagi melancarkan lagi pengurusan dan perjalanan  Tahun Melawat Selangor 2015 juga turut melibatkan serta  bekerjasama dengan erat daripada pihak-pihak seperti berikut :

     

    1. Kementerian Pelancongan Malaysia
    2. Tourism Malaysia
    • Tourism Malaysia Selangor
    1. Semua pengusaha produk pelancongan negeri Selangor
    2. Agensi pelancongan
    3. Pusat membeli belah
    • Restoran
    • Kraftangan
    1. Semua NGO pelancongan seperti MATTA, Bumitra, Persatuan Pemandu Pelancongan, MAH, MBHA dan lain-lain

     

    Tourism Selangor turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit yang melibatkan agensi kerajaan mahupun di peringkat swasta . Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Pegawai Perhubungan Pelancongan Pihak Berkuasa Tempatan , Pejabat Daerah , Agensi Kerajaan dan Swasta yang mempunyai keanggotaan seperti berikut :

     

    1. Pegawai Pelancongan   /    Komunikasi   Korporat    Pihak                    Berkuasa Tempatan
    2. Pegawai Pelancongan / Komunikasi Pejabat Daerah
    • Pegawai Agensi Kerajaan Persekutuan Di Peringkat Negeri Selangor
    1. Pegawai Agensi Swasta Yang Lain

Lampiran

Tiada Lampiran.