Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

158) PORTFOLIO PENDIDIKAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan 3 pencapaian terbaik portfolio pendidikan dari 2013-2017.

    Pencapaian terbaik portfolio Pendidikan dari tahun 2013 sehingga tahun 2017 antaranya ialah :

     

    • Kerajaan Negeri telah mengagihkan bantuan sebanyak RM80,218,615.00 kepada 741 buah sekolah melalui program Bantuan Sekolah untuk meningkatkan tahap infrastruktur sekolah-sekolah di Negeri Selangor ke tahap yang lebih baik. Sekolah-sekolah yang telah menerima bantuan terdiri daripada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis
    • Kerajaan Negeri juga melalui telah mengagihkan peruntukan kepada pelajar melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dengan peruntukan sebanyak RM17,160,000 kepada 20,000 orang pelajar.

     

    • Inovasi daripada PTRS yang telah dilaksanakan sejak tahun 2009, Kerajaan Negeri terus mengorak langkah menyediakan perkhidmatan Tuisyen atas talian atau Tuition Online bermula pada tahun 2017 dan sehingga kini. Jumlah peruntukan yang disediakan sebanyak RM4 juta pada tahun 2017 dan telah dinaikkan kepada RM5 juta pada tahun

     

    Untuk program Pendidikan awal Kerajaan Negeri juga telah memberi bantuan sebanyak RM24,010,000 kepada 36,252 orang kanak-kanak yang berasal daripada keluarga berpendapatan

Lampiran

Tiada Lampiran.