Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

299) PORTFOLIO PENDIDIKAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan Program EXCO bagi portfolio Pendidikan Negeri Tahun 2015?

    Rancangan portfolio pendidikan akan bertunjangkan meningkatkan kualiti dan akses pendidikan sepanjang hayat bagi semua rakyat Selangor. Dasar-dasar sedia ada seperti TUNAS; Peruntukan Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil; Hadiah Anak Masuk IPT; Tabung Biasiswa Negeri Selangor; dan Tabung Biasasiswa dan Sara Diri Khas UNISEL akan diteruskan. Jawatankuasa Tetap Pendidikan akan mengadakan temurapat pada bulan Januari bagi merancang dasar pendidikan jangka panjang bagi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.