Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

290) PORTFOLIO PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan strategi peningkatan sektor perindustrian dan perdagangan negeri kini?

    Dasar dan strategi sektor perindustrian dan perdagangan kini adalah seperti berikut:

     

    Bil. Dasar Strategi
    1. Mengekalkan                    sektor

    perindustrian                         dan perdagangan sebagi sektor penyumbang utama kepada KDNK Negeri.

    Mengekalkan prestasi pelaburan dengan sasaran pelaburan sebanyak RM 8 bilion setahun.
    2. Meningkatkan promosi program Penambahan peruntukan Jawankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) Dan Pengangkutan sebanyak RM 10 juta bagi tahun 2015.
    3. Menggalakkan        pembukaan kawasan perindustrian baru. i.        Menggalakkan     penglibatan     pemaju swasta.
        ii. Cadangan pembukaan kawasan industri baru oleh pihak Kerajaan Negeri dan pemaju swasta dengan berkonsepkan gated & guarded.
    4. Menjadikan Selangor sebagai Pusat Perdagangan Menggalakkan pertumbuhan aktiviti perdagangan menerusi program-program pameran dan kerjasama dengan dewan- dewan perniagaan tempatan.

     

    Bil. Dasar Strategi
    5. Membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) meluaskan pasaran ke peringkat global Menggalakkan penglibatan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dalam aktiviti e- commerce.
    6. Konsep Mesra Pelabur i.     Mengadakan pertemuan dengan pihak pelabur, kedutaan asing serta dewan- dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi mendapatkan maklum balas dan mewujudkan networking.

     

    ii.     Membantu menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

     

    iii.     Membantu mempercepatkan proses kelulusan projek dan perlaksanaan pembangunan.

    iv.     Menyediakan maklumat sebagai bahan rujukan para pelabur.

     

    v.      Menyediakan kawasan industri yang selesa dan kondusif

     

    vi.     Mempertingkatkan                                                   keberkesanan Industrial Park Management Committee

    dalam     membantu     menyelesaikan                isu berbangkit.

Lampiran

Tiada Lampiran.