Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

16) POTENSI PELANCONGAN DI DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor pelancongan di Daerah Kuala Selangor khususnya di bawah Dun Bukit Melawati dalam tempoh lima tahun ini ?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil maklum berkenaan kepentingan dan potensi sektor pelancongan di daerah Kuala Selangor, khususnya di DUN Bukit Melawati yang meliputi kawasan yang sangat luas serta memerlukan perhatian yang khusus.

    Di dalam tempoh lima (5) tahun kebelakangan ini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan pembangunan sejumlah RM573,089.00 bagi tujuan menaik taraf pelbagai produk pelancongan di DUN Bukit Melawati, khususnya di kawasan pelancongan Bukit Melawati, Taman Kelip-Kelip Kg. Kuantan serta beberapa lokasi pelancongan sejarah di daerah Kuala Selangor dengan kerjasama agensi teknikal dari Majlis Daerah serta Pejabat Daerah dan Tanah, Kuala Selangor.

    Selain daripada penyaluran peruntukan bagi menaiktaraf produk pelancongan di daerah Kuala Selangor, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor juga telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mempromosikan lokasi pelancongan yang terdapat di daerah Kuala Selangor melalui penyertaan di dalam siri promosi pelancongan di dalam dan luar negara, penggunaan media sosial serta penganjuran acara yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

    Terkini, suatu program yang mendapat pengiktirafan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta persijilan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia yang dikenali sebagai Program Hos Komuniti Selangor 2018 telah dimulakan dengan pengambilan peserta kumpulan pertama untuk diangkat sebagai Pemandu Pelancong Tempatan di daerah Kuala Selangor.

    Latihan kemahiran pelancongan ini berlangsung selama enam-(6) bulan dan khusus disediakan untuk pemastautin di kawasan pemanduan yang di tentukan serta setiap peserta yang diterima masuk adalah berumur di antara 21 tahun sehingga 35 tahun sahaja.

    Adalah diharapkan dengan adanya program sedemikian, akan wujudnya minat yang berterusan bagi penduduk tempatan; terutamanya kaum belia di kawasan Kuala Selangor untuk berkecimpung dan membina kerjaya di dalam bidang pelancongan negeri.

    Sehubungan dengan itu, bagi tempoh lima (5) tahun yang akan datang, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti beberapa lokasi dan siri aktiviti pelancongan yang baharu dan mampu dijadikan pusat tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.

    Antara aktiviti promosi yang bakal diadakan adalah seperti berikut :

    Bil Perancangan Maklumat Terperinci
    01 Mangroove Tour @ Kuala Selangor Perancangan untuk mengadakan pakej atau kawasan tarikan pelancongan melalui penyediaan Pakej Mangroove Tour di sepanjang hilir kawasan pantai di DUN Bukit Melawati. Antara tarikan utama  bagi produk ini adalah pengalaman menyertai aktiviti ‘eagle

    feeding’.

    Sky Mirror, Kuala Selangor Perancangan awal sedang dibuat untuk mengadakan pakej lawatan bagi pelancong tempatan dan antarabangsa. Lokasi ini adalah dianggap sebagai sangat berpotensi untuk dijadikan pusat pelancongan utama memandangkan hanya terdapat dua-(2) kawasan unik yang sedemikian di dunia; termasuk

    yang berada di Kuala Selangor.

    02 Bukit Melawati Heritage Walk (BKHW) Perancangan awal untuk mengadakan pakej lawatan yang meliputi bahan dan tapak bersejarah di sekitar kawasan Bukit Melawati yang terdapatnya tinggalan

    sejarah awal kesultanan Negeri Selangor.

    03 Pusat Kesenian Daerah

    Kuala Selangor

    Usaha menaiktaraf kawasan Pusat Kesenian Sasaran Kuala Selangor sebagai pusat kesenian bertaraf dunia dan tarikan pelancongan setara dengan penyediaan

    kelengkapan yang berfasiliti tinggi.

    04 Pusat Pemeliharaan Kelip-Kelip Kg Bukit Belimbing Mengiktiraf Kg Bukit Belimbing sebagai pusat pemeliharaan mergastua kelip-kelip dan sebagai salah satu pusat tarikan pelancongan yang baharu selain dari Pusat Pemeliharaan Kelip-Kelip Kg

    Kuantan.

     

    Bil Perancangan Maklumat Terperinci
    05 Pusat Kraf Tembikar Usaha memajukan industri kraf tembikar dengan usahasama Kraftangan Malaysia untuk produk tempatan. Melalui pendedahan kepada cara pembuatan tradisional sambil mengaplikasikan reka bentuk kreatif yang serba baharu, usaha ini dilihat akan mampu menarik minat pelancong tempatan dan luar negara untuk meneroka pengalaman yang berharga ini untuk melakar produk tembikar

    tradisional negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.