Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

175) POTENSI TARIKAN PELANCONGAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengoptimumkan produk khusus mercu kejayaan Kerajaan Negeri iaitu Jambatan Ke-3 Klang untuk menarik pelancong?

    Jambatan Ke 3 di Klang telah diberi peruntukan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM236,714,643.21 No. Kontrak : JKR/Sel/552/2014 yang bakal siap pada tahun 2017 akan menjadi produk khusus mercu kejayaan Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong. Di mana reka bentuk jambatan yang unik dan menarik ini bakal menarik ramai pelancong melihat keindahan pemandangan di kawasan sekitar Sungai Klang. Malah, jambatan ini bakal meredakan kesesakan lalu lintas yang amat teruk di Klang. Maka, secara langsung akan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke tempat menarik di Klang.

    Di samping itu, Jambatan Ke 3 ini boleh dijadikan tempat penggambaran filem dari dalam dan luar negara sebagai lokasi salah satu babak di dalam filem.  Tambahan pula,  pertumbuhan ekonomi di Klang nescaya akan menjadi lebih rancak selepas Jambatan Ke 3 ini disiapkan.   Maka, secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pelancong dan pelabur yang berpotensi di dalam atau di luar negara berkunjung ke Klang untuk mencari peluang pelaburan di kawasan Klang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.