Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

93) POTONGAN BEKALAN AIR KERANA SEBAHAGIAN PENDUDUK DI PANGSAPURI TIDAK MENJELASKAN BIL AIR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Merujuk perkara di atas, adakah kerajaan mengadakan satu polisi atau cara-cara mengatasi masalah potongan bekalan air? Sila nyatakan.

    Dalam menangani isu pemotongan bekalan air di pangsapuri-pangsapuri, Kerajaan
    Negeri telah mewajibkan semua kawasan pemajuan pangsapuri untuk
    melaksanakan migrasi meter air pukal kepada meter air individu. Ini adalah kerana,
    Kerajaan Negeri tidak mahu pembeli atau penduduk yang komited membayar bil air
    pada setiap bulan turut menerima implikasi pemotongan bekalan air kerana sikap
    pembeli-pembeli lain yang enggan atau lalai membayar bil air mereka.
    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengemukakan beberapa cadangan
    bagi memastikan migrasi meter air pukal kepada meter air individu dapat
    dilaksanakan dengan segera oleh SYABAS seperti berikut:
    i) Persetujuan pemilik 100% hanya daripada unit rumah yang diduduki sahaja.
    Kebenaran untuk membuka dan mendaftarka akaun bekalan air sementara
    dibenarkan kepada pihak ketiga sama ada penyewa, pemaju, Badan
    Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) bagi premis
    kosong atau pemilik premis yang tidak memberi maklum balas. Pemegang
    akaun sementara boleh memohon kepada SYABAS untuk menutup akaun
    meter air terbabit selepas bil air pertama dikeluarkan.
    ii) Menyelesaikan masalah tunggakan bil air akaun meter pukal seperti berikut:-
     Kaedah 1
    Pemindahan tunggakan akaun meter pukal terus ke dalam akaun
    meter individu unit rumah terbabit.
     Kaedah 2
    Pembayaran tunggakan secara bersama oleh pemilik individu dan
    pemegang meter pukal mengikut peratusan 50% bagi setiap parti
    secara ansuran bagi tempoh 6 sehingga 18 bulan.
    iii) Pemegang meter pukal iaitu MC, JMB atau Pemaju dikehendaki
    menandatangani ”Surat Akujanji” yang menyatakan bahawa SYABAS tidak
    akan dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kerosakan yang mungkin
    timbul kerana pembinaan sistem bekalan air dalaman bagi kondominium
    tersebut tidak mengikut spesifikasi dan bahan yang diluluskan oleh SYABAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.