Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

78) POTONGAN CUKAI PINTU SEBANYAK 25 % DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik mengikut daerah serta jumlah keluarga yang mendapat potongan cukai pintu sebanyak 25 % daripada Kerajaan Negeri Selangor dan apakah kriteria bagi menentukan kelayakan mereka menerima diskaun tersebut ?

    Dengan pelaksanaan diskaun 25 peratus bagi kediaman kos rendah berikut Jumlah pemilik yang telah mendapat potongan cukai pintu sehingga 30 April 2013 (Sumber LPHS) :

    Bil. PIHAK

    BERKUASA

    TEMPATAN

    DAERAH JUMLAH

    PEMILIK

    TUNTUT

    NILAIAN

    DISKAUN

    25%

    (RM)

    1 MBSA PETALING 156 2,542.00
    2 MBPJ 5 74.40
    3 MPSJ 95 1,923.53
    4 MPK KLANG 46 607.43
    5 MPS GOMBAK 27 460.00
    6 MPKj HULU LANGAT 170 2,446.92
    7 MPAJ 1,300 46,242.95
    8 MPSP SEPANG 14 194.75
    9 MDHS HULU SELANGOR
    10 MDKS KUALA SELANGOR
    11 MDKL KUALA LANGAT
    12 MDSB SABAK BERNAM
    JUMLAH     54,491.98

    Kriteria bagi menentukan kelayakan menerima diskaun telah di perjelas melalui

    Pekeliling Bil. LPHS/BL/7/00/11 Hebahan Mengenai Pelaksanaan Dasar Pengurangan (Diskaun) Kadar Cukai Taksiran Kepada Pemilik Petak Pangsapuri Kos Rendah. Syarat kelayakan pemberian diskaun kadar  cukai taksiran untuk pangsapuri kos rendah tertakluk kepada syarat – syarat kelayakan berikut:

    1. Pemilik yang bermastautin atau mendiami sendiri petak/unit di sesebuah pangsapuri kos rendah
    2. Hak milik strata adalah sebagai bukti dokumen pemilikan rumah bagi perakuan sah pemastautin namun bagi mempermudah dan membantu rakyat perakuan tersebut boleh daripada mana pihak berkuasa berikut:
      • Badan Pengerusi Bersama (JMB)
      • Perbandanan Pengurusan (MC)
      • Pesuruhjaya Bangunan (COB)
      • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan

    Walau bagaimanapun, Bagi pemilik yang tiada atau masih belum membuat pindah milik hak milik strata boleh mengemukakan surat perjanjian jual beli sebagai bukti dokumen pemilikan rumah.

    • Pemilik tidak mempunyai tunggakan cukai taksiran pada petak berkaitan.
    • Waris pemilik juga layak mendapat pengurangan diskaun.

Lampiran

Tiada Lampiran.