Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

127) PPR SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengikut http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/this-is-what-public- housing-looks-like berkenaan dengan keadaan di PPR Seksyen 8 Kota Damansara, terdapat 100 penghuni menerima notis keluar kerana mereka ialah ñsquattersî dalam unit mereka. Mengapakah kerajaan tidak dapat mengeluarkan nama lama dan masuk nama penduduk yang sebenar?

    Kenyataan 100 penghuni menerima notis keluar kerana mereka ialah Peneroka Bandar adalah tidak tepat sebaliknya pengeluaran notis penamatan adalah proses biasa bagi penyewa yang gagal menjelaskan sewa dan melanggar syarat penyewaan. Pelanggaran yang biasa dibuat oleh penyewa adalah seperti berikut:-

    • Penyewa menyewakan unit kepada individu lain;
    • Menumpangkan sebahagian unit kepada individu lain;
    • Gagal membayar sewa semasa dan tunggakan untuk tempoh 3 bulan;
    • Gagal menjelaskan bil air;
    • Membuat kacau ganggu di kawasan kejiranan PPR; dan
    • Merosakkan kemudahan awam yang disediakan seperti lif dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.