Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

135) PRASARANA ASAS SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAN SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah usaha kerajaan Selangor membantu meningkatkan prasarana asas sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan?

    Usaha Kerajaan Negeri Selangor di dalam membantu meningkatkan prasarana asas sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, secara langsung adalah melalui Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor. Program ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2009 dengan peruntukan sebanyak RM 16 juta setiap tahun. Sebanyak RM 6 juta telah diperuntukan bagi Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Manakala sebanyak RM 4 Juta telah diperuntukkan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Jumlah keseluruhan bantuan yang telah diberikan bermula pada tahun 2009

    sehingga Mei 2013 adalah sebanyak RM 76,711,915

Lampiran

Tiada Lampiran.