Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

157) PRASARANA ICT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan peruntukan yang telah disediakan dan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2013 khusus di DUN Dusun Tua bagi tujuan meningkatkan prasarana ICT dan ke arah celik ICT?

    Kerajaan Negeri dalam usaha sedaya upaya mempertingkatkan prasarana ICT di seluruh Negeri Selangor. Dalam usaha merapatkan jurang celik ICT di negeri ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2,747,959.86 bagi menyediakan perkhidmatan internet percuma melalui peruntukkan daripada Geran Selangorku. Melalui peruntukkan ini, setiap DUN akan disediakan 2 lokasi hot spot WiFi Selangorku selama 2 tahun di mana setiap DUN akan diperuntukkan sebanyak RM 24,535.35 setahun bagi setiap DUN selama 2 tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.