Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

239) PREMIS PERJUDIAN MESIN SLOT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sedar aktiviti perjudian mesin slot dalam kawasan PBT, khasnya di Majlis Daerah Kuala Selangor?

    Aktiviti perjudian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang diguna pakai oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), walau bagaimanapun Majis Daerah Kuala Selangor (MDKS) turut mengambil tindakan mengikut kuasa sedia ada seperti kesalahan tanpa lesen atau melanggar undang-undang bertulis. MDKS boleh mengeluarkan kompaun, notis, sitaan, menutup premis dan pendakwaan di Mahkamah.

Lampiran

Tiada Lampiran.