Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

63) PREMIS PERJUDIAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan dengan tidak membuka premis premis judi bola sepak dunia. Apakah sebab-sebab dasar ini dilaksanakan ?

    Aktiviti perjudian bakal membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
    Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa PBT Selangor tidak akan meluluskan
    lesen premis perjudian kepada mana-mana pemohon walaupun lesen dari Kerajaan
    Persekutuan telah diperoleh. Dasar ini dilaksanakan demi memastikan bahawa
    aktiviti perjudian sukan tidak di beroperasi di Negeri Selangor dan kesan negatif
    daripada aktiviti ini dapat dibendung. Perjudian sukan ini adalah tidak sihat
    memandangkan aktiviti sukan merupakan salah satu gaya hidup sihat yang perlu
    diterapkan kepada generasi muda khususnya dan rakyat Selangor secara
    keseluruhan. Apabila aktiviti sukan dikaitkan dengan perjudian, ia menimbulkan
    percanggahan dan kekeliruan objektif sebenar aktiviti sukan diberikan fokus di
    semua peringkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.