Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

154) PREMIS PERNIAGAAN TANPA KEBENARAN DI SEPANJANG JALAN- JALAN DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah faedah yang diperolehi oleh kerajaan negeri. Jika tiada, apakah tindakan yang diambil

    Tiada faedah secara langsung yang diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor apabila wujud premis perniagaan tanpa kebenaran di sepanjang jalan-jalan. Malah premis perniagaan tanpa kebenaran yang berada di sepanjang jalan- jalan ini boleh mendatangkan isu kesesakan trafik, keselamatan pengguna jalan dan masalah kebersihan. Sehubungan itu, PBT boleh mengenakan lesen premis perniagaan bagi tujuan pemutihan atau pun mengambil tindakan penguatkuasaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.