Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

263) Premis-Premis MPK

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh MPK untuk membetulkan premis-premis seliaan MPK yang telah disewa tetapi pihak penyewa mengambil keuntungan untuk menyewa kepada pihak ketiga?

    Majlis Perbandaran Klang akan membaik pulih dan menaiktaraf premis-premis Majlis berdasarkan kepada bajet yang telah diperuntukkan dan mengambil keutamaan kepada premis-premis Majlis yang mempunyai keperluan bagi tujuan itu.

    Setiap penyewa yang menjalankan perniagaan di premis Majlis adalah terikat dengan perjanjian diantara penyewa dengan pihak Majlis. Pihak Majlis berhak mengambil sebarang tindakan seperti menamatkan penyewaan sekiranya didapati penyewa telah melanggar syarat-syarat seperti mana yang telah dinyatakan di dalam perjanjian.

    Pihak Majlis akan membatalkan peruntukan penyewaan gerai tersebut kepada penyewa yang telah jelas melanggar syarat-syarat penyewaan premis Majlis seperti aktiviti sewa atas sewa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.