Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

141) PREMIUM TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Didapati kadar premium tanah naik mendadak dalam kes di daerah Kuala Selangor. Bagaimanakah perkara ini terjadi dan apakah justifikasi kenaikan tersebut?

    Berdasarkan rujukan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, nilaian tanah akan berubah-ubah setiap enam (6) bulan. Nilaian tanah ditentukan oleh keadaan tapak, bentuk muka bumi, keadaan tanah, lokasi dan kawasan tanah tersebut berada.

    Nilaian tanah naik mendadak adalah disebabkan oleh pembangunan dan kemajuan sesuatu tempat yang sedang meningkat maju dan bukan disebabkan masalah kewangan tetapi faktor peningkatan pembangunan di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.