Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

191) PREMIUM TANAH

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan cukai premium tanah mampu dibayar oleh penama?

    Terdapat pelbagai usaha yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan pemohon boleh membayar premium tanah yang dikenakan. Antara usaha tersebut adalah Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Pemberimilikan Kediaman melalui pemakaian Pekeliling PTGS, Bilangan 6/2011 (Garis Panduan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bangunan Kediaman Persendirian Di Negeri Selangor) yang menawarkan dua pilihan kaedah bayaran samada secara nominal RM1,000 atau diskaun 30% daripada bayaran premium yang dikenakan sekiranya dibayar dalam tempoh notis berkuatkuasa. Selain itu, selaras dengan moto Negeri Yang Berkebajikan, Kerajaan Negeri telah memberi pilihan kaedah bayaran kepada pemohon untuk menjelaskan bayaran premium melalui pemakaian Pekeliling PTGS Bil 1/2016 (Kaedah Pembayaran Premium Dan Premium Tambahan Ke Atas Kelulusan Permohonan Pemberimilikan Dan Pembangunan Tanah Di Negeri Selangor) seperti berikut:-

     

    • Melanjutkan tempoh bayaran premium dan premium tambahan seperti jadual dibawah;

     

    Pembayaran premium

    Notis Borang 5A

    12 bulan
    Pembayaran premium tambahan

    Notis Borang 7G

    6 bulan + 1 bulan

    (tambahan caj 3%)

     

    Pengurangan bayaran premium sehingga 40% melalui pemendekan tempoh pegangan pajakan daripada 99 tahun kepada 60

     

Lampiran

Tiada Lampiran.