Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

187) PREMIUM TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kaedah pengiraan premium tanah?

    Kaedah pengiraan premium tanah di Negeri Selangor adalah mengikut Peraturan 7, Kaedah Tanah Selangor (KTS) 2005 (Pindaan 2007). Pengiraan cukai premium tanah adalah seperti berikut:-

    • Bangunan kediaman untuk individu

    ¼ x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 23% daripada nilaian pasaran

    • Bangunan kediaman untuk syarikat

    ½ x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 50% daripada nilaian pasaran

    • Bangunan industri dan perniagaan

    3/4 x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 74% daripada nilaian pasaran

Lampiran

Tiada Lampiran.