Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

180) PREMIUM TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula kadar premium tanah yang sedia ada? Jika ya, nyatakan butir-butirnya?

    Tiada lagi cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula kadar premium tanah sedia ada. Kadar premium yang sedia ada dianggap berpatutan kerana nilai yang dikutip adalah mengikut Kaedah Tanah Selangor (KTS) 2003 (Pindaan 2005) berdasarkan kepada nilaian tanah semasa oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Lampiran

Tiada Lampiran.