Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

228) PREMIUM TANAH BANGLO USJ 3B DAN USJ 3D

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan premium tanah yang telah dikenakan dan telah dibayar oleh setiap pemilik lot banglo USJ 3B dan USJ 3D mengikut lot dan cara penjualan tanah-tanah banglo ini (sama ada melalui rundingan terus, iklan atau sebagainya).

    Senarai  premium tanah yang dikenakan adalah seperti dilampiran dan tanah-tanah tersebut telah diluluskan dalam Mesyuarat EXCO MTES Bil 6/2001 yang telah diadakan pada 20 Februari 2001 di Mukim Sempadan Ladan Ibor, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling.