Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

101) PREMIUM TANAH KEDAI KG. BARU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Premium pajakan tanah kedai di Kg. Baru dianggap terlampau tinggi sehingga RM30 kaki persegi. Adakah kerajaan Selangor bercadang mengurangkan kadar ini.

    Pihak Berkuasa Negeri tidak bercadang untuk memberi sebarang pengurangan kadar
    premium kepada pemilik tanah bangunan perniagaan di Kg. Baru. Pada masa ini
    perkiraan kadar premium yang dikenakan adalah seperti berikut:
    1) Bagi tempoh pajakan 60 tahun
    ¾ x 1/100 x nilaian tanah semasa x 60 tahun x 50%
    2) Bagi tempoh pajakan 99 tahun
    ¾ x 1/100 x nilaian tanah semasa x 99 tahun x 50%
    Dari segi penentuan nilaian tanah semasa, Pihak Berkuasa Negeri mengguna pakai
    nilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor
    (JPPH). Formula dan kadar yang dikenakan adalah munasabah dan mengambil kira
    nilai tanah terbabit. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri mengikut keputusan
    MMKN pada 15 September 1999 telah bersetuju memberikan insentif pengurangan
    sebanyak 50% secara automatik sepertimana dinyatakan dalam formula pengiraan
    premium.

Lampiran

Tiada Lampiran.