Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

106) PREMIUM TANAH RM1000

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah tujuan utama perlaksanaan Premium tanah RM 1000 ?

    Tujuan utama pelaksanaan premium tanah RM 1,000 adalah untuk:-

    1. Memberikan hak milik kepada individu yang telah lama menduduki tanah kerajaan secara haram;
    2. Melanjutkan pajakan hak milik tanah individu yang telah luput tempoh pajakan dengan pengenaan premium yang mampu dijelaskan;
    3. Memutihkan hak milik individu yang telah melanggar syarat kegunaan tanah; dan Menyamaratakan pengenaan premium kepada rakyat Negeri Selangor tanpa mengira kawasan dan lokasi tanah tersebut berada.

Lampiran

Tiada Lampiran.