Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

134) PRESTASI AHLI-AHLI MAJLIS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ahli-ahli majlis yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri pada 1 Julai 2008 akan menamatkan sesi perkhidmatan mereka pada 30 Jun 2009. Bagaimanakah cara penilaian (KPI) yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap prestasi Ahli-ahli Majlis di semua Pihak Berkuasa Tempatan?

    Setiap Ahli Majlis PBT akan dinilai prestasinya oleh Datuk Bandar/ Yang Dipertua Majlis dengan mengguna pakai borang prestasi yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan aspek-aspek seperti berikut:-

    1. Kehadiran Mesyuarat
    2. Komitmen Kepada Tugas
    3. Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Tugas
    4. Kebolehan Membuat Keputusan
    5. Keberkesanan Komunikasi
    6. Keberkesanan Hasil Kerja
    7. Kepimpinan
    8. Integriti
    9.  Disiplin Dan Ketepatan Masa
    10. Proaktif Dan Inovatif xi. Jalinan Perhubungan Dan Kerjasama Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, setiap aspek bagi penilaian (KPI) tersebut telah ditetapkan markah penuh sebanyak 10 markah.

    Dalam pada masa yang sama, Ahli-ahli Majlis juga akan dinilai serta disyorkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Ahli Parlimen sama ada prestasi yang ditonjolkan akan disambung perkhidmatan sebagai Ahli Majlis atau sebaliknya.

    Sehubungan dengan itu, penilaian prestasi Ahli-ahli Majlis berkenaan kemudiannya akan dilaporkan di dalam Mesyuarat Khas Penilaian Ahli-ahli Majlis untuk penilaian seterusnya bersama semua ADUN dan Ahli Parlimen secara berperingkat mengikut PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.