Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

194) PRESTASI BOLA SEPAK SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor kalah di dalam pertandingan merebut Piala Malaysia 2012. Apakah faktor kekalahan pasukan bola sepak Selangor?

    Untuk makluman, semenjak 2 tahun kebelakangan ini pasukan bola sepak Selangor telah berjaya menduduki tempat 3 teratas Liga di antara 14 pasukan yang mengambil bahagian. Bagi pertandingan Piala Malaysia pasukan Selangor mara ke peringkat separuh akhir di mana tewas kepada Terengganu pada tahun 2011 dan Kelantan pada tahun 2012 yang juga adalah Juara pada tahun Walaubagaimanapun di peringkat Piala FA pasukan bolasepak Selangor terkandas di Separuh Akhir 2011 dan di pusingan kedua pada 2012.

     

    Pencapaian tersebut boleh ditafsirkan sebagai baik kalau nak dibandingkan pasukan Iain yang juga mengeluarkan perbelanjaan lebih dari pasukan Selangor namun faktor beberapa pemain senior Selangor yang kurang berkesan juga adalah sebahagian dari faktor tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.