Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

45) PRESTASI DAN PENGGUNAAN TALIAN SAHABAT OLEH WARGA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keberkesanan, prestasi dan hasil pencapaian yang boleh disimpulkan oleh Kerajaan Negeri selepas kewujudan Talian Sahabat untuk kemudahan warga Selangor?

    Keberkesanan, prestasi dan hasil pencapaian yang boleh disimpulkan selepas wujudnya Talian Sahabat atau sekarang dikenali dengan Pusat Kaunseling Selangor (PKS) adalah melalui peningkatan jumlah klien yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan psikologi di PKS. Statistik klien yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan psikologi adalah seperti dalam perkara (b). Selain itu, PKS juga dalam proses menjalankan kajian keberkesanan perkhidmatan PKS di Negeri Selangor. Kewujudan PKS juga memberi impak positif terhadap rakyat melalui :

    • PKS membantu masyarakat dalam perkembangan emosi, tingkah laku dan pemikiran yang baik dan positif melalui perkhidmatan kaunseling dan psikologi oleh kaunselor berdaftar (Lembaga Kaunselor Malaysia) secara percuma.
    • masyarakat mempunyai saluran yang tepat untuk berkongsi masalah dan isu yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung dapat membantu masyarakat untuk mengurangkan bebanan dan dapat menyelesaikan masalah atau isu yang dihadapi.
    • masyarakat juga dapat dibantu untuk berfungsi dengan baik dengan diri sendiri, dengan orang lain dan juga dengan persekitaran bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi.
    • melalui perkhidmatan di PKS juga, masyarakat boleh merasai dipunyai dan dihargai dengan salah satu perkhidmatan percuma yang disediakan oleh kerajaan Negeri.
    • membantu Unit Gejala Sosial di bawah STANCO Pembangunan Modal Insan, Pendidikan dan Pendidikan Tinggi bagi mengurangkan masalah gejala sosial melalui program-program khidmat masyarakat yang dijalankan secara usahasama.

Lampiran

Tiada Lampiran.