Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

219) PRESTASI EKONOMI NEGERI PASCA COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah wabak pandemik COVID-19 memberi kesan atau implikasi yang ketara terhadap kewangan negeri?

    Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2020 merekodkan angka sebanyak RM2,832.28 Juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM929.08 Juta manakala Akaun Amanah Disatukan pula adalah sebanyak RM1,903.20 Juta.

    Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2020 adalah masih stabil dengan merekodkan kutipan hasil sebanyak RM1,527.61 Juta. Angka ini adalah 69.44 peratus daripada RM2,200.00 Juta yang telah disasarkan dalam belanjawan 2020. Manakala jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan pula telah mencecah RM948.22 Juta atau bersamaan dengan 40.64 peratus daripada RM2,333.00 Juta yang telah dibelanjawankan. Kerajaan Negeri masih merekodkan lebihan sebanyak RM579.39 Juta sehingga 30 Jun 2020.

    Tidak dinafikan, Pandemik Covid-19 akan memberi kesan kepada Kedudukan dan Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri pada tahun ini. Namun begitu, amalan perbelanjaan berhemah Kerajaan Negeri berupaya menangani kesan ini tanpa mengabaikan peranan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat Selangor yang menghadapi kesukaran dalam menghadapi situasi yang mencabar ini.

    Mengambilkira kedudukan dan prestasi kewangan Kerajaan Negeri serta kesan pandemik Covid-19 yang dihadapi ketika ini,  defisit tahunan yang dirangka dalam Belanjawan 2020 iaitu sebanyak RM133 juta akan dapat dipertahankan.

Lampiran

Tiada Lampiran.