Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

14) PRESTASI JABATAN PENGUATKUASAAN PBT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kekuatan/kelemahan dan strategi untuk meningkatkan prestasi Jabatan Penguatkuasan PBT?

    1. Pada masa kini, tugas dan tanggungjawab anggota di Jabatan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semakin mencabar. Skop tugasan Jabatan Penguatkuasaan PBT termasuk membantu dalam menangani masalah bencana perbandaran seperti banjir kilat, ribut dan pokok tumbang, kemalangan dan kebakaran melalui anggota skuad PANTAS. Isu pembuangan sampah haram di tanah persendirian dan juga tanah rezab juga telah menjadi tugas utama Jabatan Penguatkuasaan PBT bersama agensi/ jabatan dalaman di samping tugas rutin yang lain. Antara kekangan yang dihadapai untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan adalah kekurangan perjawatan pegawai/ anggota penguatkuasaan kerana kawasan PBT yang luas. Oleh yang demikian strategi yang dilaksanakan bagi memastikan tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan adalah memberi tumpuan utama di lokasi- lokasi yang berisiko tinggi dan membuat siasatan segera apabila menerima aduan

     

    Prestasi jabatan boleh ditingkatkan dengan kaedah berikut :

    i)Melaksanakan latihan kemahiran secara konsistant

    Pegawai/ anggota diwajibkan menghadiri latihan dan kursus asas yang berkaitan penguatkuasaan dan ujian kemahiran untuk kenaikan pangkat atau anugerah prestasi.

    ii)Pembelajaran berkaitan peraturan/ undang-undang semasa secara berterusan

    Perkembangan dan perubahan arus keperluan/ kehendak masyarakat perlu diselaraskan dengan perkembangan peraturan/ undang-undang semasa agar keharmonian dan kelestarian kehidupan dapat diseimbangkan.

     

    iii)Keperluan logistik dan peralatan yang terkini dan lengkap

    Tindakan penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya kelengkapan logistik dan peralatan masih ketinggalan kebelakang untuk mencapai visi kelestarian Perbandaran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.