Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

78) PRESTASI KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM) MENGURUSKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon senaraikan (i) jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan kepada KDEB untuk menguruskan pungutan sisa pepejal dan (ii) jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan ke tapak pelupusan sampah pada tahun 2017, 2018, 2019 mengikut setiap pihak berkuasa tempatan.

    i. Bagi perkhidmatan kutipan sisa pepejal, jumlah keseluruhan peruntukan    tahunan yang telah diberikan oleh kesemua 12 PBT kepada KDEBWM adalah sebanyak RM202,026,520.26.

    Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) peruntukan yang diberikan kepada KDEBWM adalah berdasarkan bajet tahunan pengurusan sisa pepejal yang telah diluluskan oleh setiap PBT. Walaupun terdapat perbezaan di antara jumlah peruntukan yang diberikan oleh PBT berbanding peruntukan lebih tinggi yang dimohon oleh KDEBWM berdasarkan jumlah inventori sebenar di kawasan, KDEBWM sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri tetap memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri Selangor.

    ii. Jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan ke tapak pelupusan sampah bagi setiap PBT bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 adalah seperti jadual di Lampiran A. Pihak PBT akan membayar terus Kos Pelupusan sampah yang dikutip kepada operator tapak pelupusan secara terus.

Lampiran

Tiada Lampiran.