Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

41) PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI TAHUN 2019

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status prestasi kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019?

    Prestasi dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2019 adalah baik di mana kutipan hasil pada tahun 2019 adalah sebanyak RM2,320.17 juta berbanding sasaran sebanyak RM2,269.00 juta. Pencapaian ini merekodkan lebihan kutipan sebanyak RM51.17 juta atau lebihan sebanyak 2.26%. Manakala prestasi perbelanjaan mengurus adalah berjumlah RM1,225.77 juta (95.76%) daripada jumlah peruntukan mengurus sebanyak RM1,280 dan prestasi perbelanjaan pembangunan adalah RM1,312.51 juta (93.55%) daripada jumlah peruntukan  pembangunan  sebanyak  RM1,403 juta.

     

    Baki Kumpulan Wang Disatukan pada 31 Disember 2019 adalah berjumlah RM2,141.76 juta yang terdiri dari Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM267.29 juta dan Akaun Amanah Disatukan sebanyak RM 1,874.47 juta. Prestasi kutipan hasil yang memberangsangkan dan perbelanjaan yang berhemah telah berjaya mengurangkan defisit Kerajaan Negeri Selangor kepada RM218.11 juta sahaja berbanding unjuran awal defisit iaitu sebanyak RM414 juta.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.