Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

1) PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah - langkah yang diambil untuk meneliti teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam usaha untuk mempertahan dan mempertingkatkan lagi prestasi kewangan Kerajaan Negeri sebagai model pengurusan yang berteraskan tatakelola yang baik dan prinsip value for money ?

    a) Pihak Kerajaan Negeri memandang serius setiap teguran dan pemerhatian oleh Ketua Audit Negara. Tindakan memperbetulkan kelemahan-kelemahan yang telah dibangkitkan oleh pihak Audit dan mengambil tindakan pencegahan bagi memastikan kelemahan yang sama tidak berulang pada masa Tindakan menyeluruh terhadap elemen-elemen kewangan yang dibangkitkan juga akan diberi perhatian agar prestasi pengurusan kewangan pada masa hadapan berada di tahap cemerlang. Pengurusan kewangan yang diamalkan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor adalah seperti Perbelanjaan Berhemah, Belanjawan Berimbang, memperkukuhkan prinsip pelaksanaan Perolehan Kerajaan yang diurus secara telus (transparent), akauntabiliti awam (public accountability) & nilai faedah yang terbaik (best value for money), persaingan terbuka dan dilaksanakan secara adil dan saksama. Selain itu, Kerajaan Negeri memberi penekanan di dalam mempertingkatkan kutipan dan pengurusan hasil, pengurusan aset serta memperkukuhkan kedudukan rizab Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.