Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

180) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini 6 bulan pertama tahun 2019 berbanding tahun 2018?

    Prestasi kewangan Kerajaan Negeri bagi 6 bulan pertama sehingga 30 Jun 2019 telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1,424.32 juta iaitu 64.74% daripada sasaran hasil sebanyak RM2,200 juta. Manakala jumlah keseluruhan kutipan hasil pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 1,998.52 juta.

    Prestasi perbelanjaan mengurus sehingga 30 Jun 2019, adalah berjumlah RM565.55 juta iaitu 44.18% daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1,280 juta.  Secara perbandingannya perbelanjaan mengurus pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,340.79 juta.  Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan mengurus sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 95% daripada jumlah peruntukan.

    Prestasi perbelanjaan pembangunan sehingga 30 Jun 2019 adalah RM661.40 juta atau 51.67% daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1,280 juta. Secara perbandingannya perbelanjaan pembangunan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,427 juta. Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan pembangunan sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 90% daripada jumlah peruntukan.

    Maklumat tambahan 1 :

    Berikut (Jadual 1) merupakan maklumat tambahan tentang terimaan hasil dan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2019 dan tahun 2018 (bagi tempoh 1 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019 dan bagi tempoh 1 Januari 2018 sehingga 30 Jun 2018) sebagai data sokongan kepada pernyataan di atas.

     

     

    JADUAL 1 –  TERIMAAN HASIL DAN PERBELANJAAN TAHUN 2019  DAN 2018 (BAGI TEMPOH 1 JANUARI HINGGA 30 JUN)

    01 Jan – 30 Jun 2018 01 Jan- 30 Jun 2019 Perbandingan
    RM Juta % Belanjawan RM Juta % Belanjawan RM Juta %
    HASIL            
    Hasil Cukai 520.95 81.05% 562.00 80.35% 41.05 7.88%
    Hasil Bukan Hasil 588.39 42.22% 682.26 53.32% 93.88 15.96%
    Terimaan Bukan Hasil 75.21 35.21% 180.06 81.46% 104.85 139.41%
      1,184.55 52.65% 1,424.32 64.74% 239.77 20.24%
                 
    PERBELANJAAN MENGURUS            
    Emolumen 218.85 49.26% 229.52 52.47% 10.67 4.88%
    Perkhidmatan Dan Bekalan 196.15 35.18% 226.45 43.05% 30.29 15.44%
    Aset 2.65 24.56% 4.20 44.75% 1.55 58.49%
    Pemberian Dan Kenaan      Bayaran Tetap 216.69 60.23% 93.77 42.27% -122.92 -56.72%
    Perbelanjaan Lain 17.13 19.56% 11.61 13.61% -5.53 -32.28%
      651.47 44.62% 565.55 44.18% -85.92 -13.19%
                 
    PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 703.33 42.37% 661.40 51.67% -41.93 -5.96%
    JUMLAH PERBELANJAAN 1,354.8 43.42% 1,226.95 47.93% -127.85 -9.44%
    Lebihan /Defisit Keseluruhan -170.25   197.37   367.62  

     

Lampiran

Tiada Lampiran.