Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

13) PRESTASI KEWANGAN NEGERI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini prestasi kewangan Negeri?

    Pada tahun 2017 jumlah hasil yang dikutip adalah berjumlah RM2,810.10 juta berbanding anggaran berjumlah RM2,550 juta, iaitu sebanyak 110.20%. Perbelanjaan mengurus pula adalah berjumlah RM1,586 juta berbanding anggaran berjumlah RM1,650 juta iaitu sebanyak 96.12%, manakala jumlah perbelanjaan pembangunan adalah berjumlah RM1,631.75 juta berbanding anggaran berjumlah RM1,800 juta iaitu sebanyak 65%.

    Bagi tahun 2018 pula, sehingga 31 Julai 2018 jumlah hasil yang dikutip adalah berjumlah RM1,398.47 juta berbanding anggaran berjumlah RM2,250 juta iaitu 62.15%. Perbelanjaan mengurus pula adalah berjumlah RM770 juta berbanding anggaran berjumlah RM1,460 juta iaitu sebanyak 52.74%, manakala perbelanjaan pembangunan adalah berjumlah RM825.32 juta berbanding anggaran berjumlah RM1,660 juta iaitu sebanyak 49.72%.

Lampiran

Tiada Lampiran.