Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

164) PRESTASI KEWANGAN PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan PKPS yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2014?

    Prestasi Kewangan PKPS Tahun 2014 :

    • Penyata Pendapatan ( Belum Beraudit )
    Perkara 2013 2014 Bajet 2015 Ulasan
    RM Juta
     

    Keuntungan sebelum cukai

     

    15.93

     

    17.29

     

    18.50

     

    Peningkatan hasil   tahun 2014 berbanding tahun 2013 adalah disebabkan oleh :

     

    i.              Peningkatan hasil pengeluaran sawit buah tandan segar (BTS) kerana pertambahan keluasan kawasan matang.

     

    ii.            Pengurusan perbelanjaan secara berhemah.

     

    • Penyata Ekuiti Pemilik

    PKPS tiada Modal Berbayar oleh pemegang saham. Ini kerana PKPS ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

    • Kedudukan Aliran Tunai

    Pada tahun 2014, PKPS mencatatkan aliran tunai masuk sebanyak RM85.95 juta. Manakala aliran tunai keluar adalah sebanyak RM90.26 juta. Defisit tunai sebanyak RM4.31 juta ditampung oleh pengeluaran Simpanan Tetap.

Lampiran

Tiada Lampiran.