Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

216) PRESTASI KEWANGAN PKNS

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada 2017.

    Sehingga 31 Disember 2017, PKNS telah memperolehi pendapatan sebanyak RM624.3 juta meningkat sebanyak RM99.7 juta (19%) berbanding bajet sebanyak RM524.6

    Manakala, keuntungan sebelum cukai dan zakat PKNS adalah RM116.0 juta iaitu meningkat sebanyak RM34.8 juta (43%) berbanding bajet berjumlah RM81.2 juta. Keuntungan yang tinggi ini adalah hasil sumbangan daripada keuntungan operasi menerusi keuntungan pajakan tanah dan projek penswastaan, disamping keuntungan bukan operasi menerusi penerimaan dividen daripada syarikat bersekutu PKNS.

    Jumlah aset PKNS sehingga 31 Disember 2017 adalah sebanyak RM6,656.0 juta. Manakala keuntungan terkumpul PKNS pula adalah berjumlah RM4,890.8 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.