Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

158) PRESTASI KEWANGAN SEMASA UNISEL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi pendapatan dan perbelanjaan UNISEL pada tahun 2015 dan 2016?

    Pendapatan UNISEL bagi tempoh sehingga September 2016 berjumlah RM74,676,137, manakala bagi tempoh yang sama pada tahun 2015 adalah berjumlah RM67,180,700 juta. Ini memberi peningkatan sebanyak 11% berbanding pada tempoh yang sama pada

    Bagi perbelanjaan pula, untuk tempoh sehingga September 2016 adalah berjumlah RM75,519,798. Manakala bagi tempoh yang sama pada tahun 2015 berjumlah RM74,870,919. Ini menunjukkan peningkatan hanya sebanyak 0.01%.

    Ia disumbangkan oleh peningkatan susut nilai aset (pembelian aset baru) sebanyak 45%. Walau bagaimanapun, kos penggajian berkurang sebanyak 5% berbanding tempoh yang sama tahun 2015

    Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memberi pendahuluan berjumlah RM20 juta bagi menaik taraf fasiliti dan infrastruktur universiti dan tambahan RM44 juta yang mana ia dapat memberi keselesaan pembelajaran dan seterusnya boleh menyumbang kepada penambahan bilangan pelajar untuk masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.