Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

23) PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan huraian ringkas prestasi kewangan yang merangkumi aspek penyata kewangan, lembaran imbangan, penyata pendapatan, penyata aliran tunai, penyata ekuiti pemilik dan sebagainya terhadap syarikat-syarikat GLC yang berikut: i) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), ii) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), iii) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), dan iv) Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

    1. Anak syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk

     

    Badan berkanun ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan-peruntukan undang- undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980).

     

    Bagi soalan Yang Berhormat, hanya PNSB dan KDEB dikategorikan sebagai anak syarikat. Manakala PKNS dan PKPS adalah badan berkanun.

     

    i)                                            Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

     

    1. Berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit Kumpulan PKNSB bagi tahun kewangan 2012, kedudukan dana bersih syarikat telah meningkat sebanyak RM161.579 juta yang bersamaan dengan 3%.

     

     

    1. Pada tahun tersebut, keuntungan bersih adalah sebanyak RM218.99 juta di mana keuntungan ini mengalami penurunan sebanyak -30.65% berbanding tahun kewangan 2012. Selain daripada peningkatan dalam pelbagai kos operasi, antara faktor utama yang menyumbang kepada penurunan tersebut adalah disebabkan oleh peningkatan kos pelaksanaan perkhidmatan yang meningkat sebanyak 486.39% kepada

     

    RM114.262 juta berbanding kos pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM21.244 juta.

     

    1. Pada tempoh kewangan tersebut, nisbah hutang dan nisbah kecairan PKNS berada pada tahap yang sangat baik iaitu masing – masing sebanyak 0.16 dan 46.

     

     

    ii)                                          Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

     

    1. Berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit Kumpulan PNSB bagi tahun kewangan 2012, kedudukan dana bersih syarikat telah meningkat sebanyak RM31.42 juta yang bersamaan dengan 1%.

     

    1. Pada tahun tersebut, jumlah keuntungan bersih yang dijana oleh PNSB adalah sebanyak RM9.27 juta di mana keuntungan ini mengalami penurunan sebanyak -67.36% berbanding tahun kewangan 2012. Faktor utama kepada penurunan tersebut adalah disebabkan oleh kos kewangan yang dibayar sebanyak RM10.07 juta faedah kepada bank berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM0.27 juta. Faedah tersebut merupakan faedah ke atas pinjaman yang dibuat bagi tujuan pembelian tanah – tanah untuk dibangunkan secara

     

    1. Walau bagaimanapun, nisbah hutang PNSB masih pada kadar yang rendah berbanding aset yang dimiliki iaitu sebanyak 0.6. Pada masa ini, PNSB mempunyai sejumlah tanah yang bernilai RM690.15 juta pada kos yang masih di dalam fasa pembangunan hartanah yang dijangka dapat memberikan pulangan yang baik untuk tempoh jangka masa panjang.

     

     

    iii)                                        Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)

     

    1. Berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit Kumpulan KDEB bagi tahun kewangan 2012, keuntungan selepas cukai KDEB di peringkat Kumpulan adalah sebanyak RM22.896

     

    1. Berikut merupakan rekod keuntungan/(kerugian) selepas cukai KDEB di peringkat Kumpulan bagi tempoh 5 tahun terkini :-

     

     

    Tahun kewangan

    Keuntungan/(kerugian) selepas cukai

    RM juta

    2012 22.896
    2011 (5.160)
    2010 42.653

     

    2009 (0.737)
    2008 (122.488)

     

    1. Pada tahun 2012, perkongsian keuntungan dengan Syarikat Bersekutu telah meningkat sebanyak 155.5% kepada RM120.01 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM46.97

     

    1. Nisbah hutang KDEB juga masih berada pada tahap yang baik iaitu sebanyak 0.77. Pada masa yang sama, nisbah kecairan KDEB juga adalah pada tahap yang memuaskan iaitu sebanyak 68.

     

    1. KDEB kini sedang melalui proses pengambilalihan syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad yang dijangka dapat mengukuhkan kedudukan kewangan KDEB di masa

     

    iv)                                        Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

     

    1. Berdasarkan Penyata Kewangan Beraudit Kumpulan PKPS bagi tahun kewangan 2012, kedudukan dana bersih syarikat telah mengalami penurunan sebanyak RM13.75 juta yang bersamaan dengan 3%.

     

    1. Perkara ini adalah berikutan prestasi pendapatan bagi tahun 2012 yang mengalami penyusutan sebanyak RM14.9 juta yang bersamaan dengan

    -95.30%. Pendapatan bagi tahun 2011 adalah pada kadar yang tinggi susulan daripada pelupusan aset dan penutupan operasi syarikat – syarikat subsidiari yang tidak memberikan keuntungan.

     

    1. PKPS juga masih lagi dalam proses penyusunan semula operasi syarikat secara menyeluruh dan menjangkakan kestabilan operasi akan dicapai dalam masa
    2. Berdasarkan rekod pada 31 Disember 2012, Nisbah hutang PKPS juga masih berada pada tahap yang baik iaitu sebanyak 0.25. Pada masa yang sama, nisbah kecairan PKPS juga adalah pada tahap yang baik iaitu sebanyak 3.39.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.