Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

162) PRESTASI KEWANGAN YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan YAWAS yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016

    YAWAS telah ditubuhkan pada 5 Februari 2009 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan. YAWAS ditubuhkan dengan tujuan bagi mengurus dan mentadbir satu (1) program kebajikan di bawah Kerajaan Negeri iaitu Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan bukan syarikat yang menjana keuntungan. Operasi YAWAS dijalankan dengan menggunakan geran tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    YAWAS sebagaimana syarikat berhad yang lain, turut mengeluarkan Laporan Kewangan Beraudit-nya setiap tahun dan diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    Prestasi kewangan YAWAS sepanjang tahun 2014 – 2016:

Lampiran

Tiada Lampiran.