Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

251) PRESTASI KEWANGAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi pendapatan dan perbelanjaan kewangan negeri pertengahan tahun 2019

    Prestasi pendapatan Kerajaan Negeri bagi 6 bulan pertama sehingga 30 Jun 2019 telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1,424.32 juta iaitu 64.74% daripada sasaran hasil sebanyak RM2,200 juta. Manakala jumlah keseluruhan kutipan hasil pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 1,998.52 juta.

    Prestasi perbelanjaan mengurus sehingga 30 Jun 2019, adalah berjumlah RM565.55 juta iaitu 44.18% daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1,280 juta.  Secara perbandingannya perbelanjaan mengurus pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,340.79 juta.  Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan mengurus sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 95% daripada jumlah peruntukan.

    Prestasi perbelanjaan pembangunan sehingga 30 Jun 2019 adalah RM661.40 juta atau 51.67% daripada jumlah peruntukan sebanyak RM1,280 juta. Secara perbandingannya perbelanjaan pembangunan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,427 juta. Kerajaan Negeri membuat unjuran perbelanjaan pembangunan sehingga Disember 2019 adalah sebanyak 90% daripada jumlah peruntukan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.