Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

1) PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEB

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah prestasi kutipan sampah oleh KDEB

    (a) dan (b) dijawab bersekali

    Berdasarkan pemerhatian, KDEBWM dilihat begitu serius dalam memastikan kejayaan pelaksanaan model baharu perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam berdasarkan mandat yang diberi oleh Kerajaan Negeri. Sepanjang pelaksanaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di tiga (3) PBT berkaitan, terdapat trend penurunan yang signifikan dari aspek statistik aduan seperti yang ditunjukkan di Lampiran 1.

    Trend ini menunjukkan terdapat peningkatan keyakinan rakyat terhadap pengurusan sisa pepejal oleh PBT yang terlibat. Dari segi jumlah kutipan sisa pepejal pula, lebih banyak sisa pepejal domestik dikutip (anggaran 650 – 700 tan sehari) melalui penggunaan aset yang terkini dan mencukupi. Secara purata, jumlah tan sisa pepejal (domestik dan pukal) yang dikutip di setiap PBT yang telah dilaksanakan perkhidmatan KDEBWM (3 PBT) adalah sebanyak 15,384 tan/bulan pada tahun 2017. Dengan lori kompaktor dan lori RORO yang baru serta dilengkapi dengan teknologi yang baru dan sistem kerja yang teratur, jumlah sampah yang dikutip meningkat dari semasa ke semasa.

    STATISTIK ADUAN UNTUK TEMPOH

    JANUARI – DISEMBER 2017 DI KAWASAN PELAKSANAAN KDEBWM

     

     

    Bulan

    KLANG AMPANG SELAYANG
    Kutipan Domestik Pembersihan Awam Jumlah Kutipan Domestik Pembersihan Awam Jumlah Kutipan Domestik Kutipan Pukal Jumlah
    Januari 40 Masih di bawah MPK 40  

    Masih di bawah MPAJ

     

    Masih di bawah MPS

    Februari 49 49
    Mac 108 0 108 225  

     

     

     

     

    Masih di

    bawah MPAJ

    225 1,190 110 1,300
    April 19 2 21 27 27 324 117 441
    Mei 18 2 20 10 10 245 126 371
    Jun 7 1 8 6 6 109 22 131
    Julai 9 14 23 12 12 74 11 85
    Ogos 8 2 10 10 10 35 1 36
    September 16 3 19 6 6 21 45 66
    Oktober 10 8 18 3 3 15 19 34
    November 4 0 4 1 1 17 4 21
    Disember 11 4 15 4 126 130 16 19 35
    JUMLAH 299 36 335 304 126 430 2,046 474 2,520

    1

     

Lampiran

Tiada Lampiran.