Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

159) PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEBWM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prestasi kutipan sampah oleh KDEBWM di dalam Negeri Selangor?

    Prestasi kutipan sampah oleh KDEBWM secara keseluruhannya berada pada tahap yang baik. Ini telah terbukti apabila statistik aduan yang direkodkan oleh Centralized Command Center (CCC) dihampir semua PBT yang  telah diambil alih oleh KDEBWM telah menunjukan trend penurunan yang amat signifikan melebihi 50% bermula pada bulan kedua pengambilalihan. Adalah menjadi satu trend biasa di mana aduan agak tinggi pada bulan pertama pengambilalihan atas faktor seperti  sub-kontraktor lantikan baru KDEBWM yang masih di dalam proses untuk mengenali selok-belok kawasan perkhidmatan mereka di samping masalah-masalah tipikal seperti kerosakan lori dan sebagainya. Walaubagaimanapun, semua permasalahan semasa transition period ini kebiasaannya dapat diatasi bermula pada bulan kedua KDEBWM beroperasi di PBT tersebut apabila sub-kontraktor telah mula mahir dengan kawasan perkhidmatan mereka di samping penyerahan lori-lori baru KDEBWM kepada semua sub-kontraktor yang sekaligus dapat mengatasi masalah kerosakan lori yang sering dihadapi oleh sub-kontraktor yang menggunakan lori lama mereka sendiri pada peringkat permulaan operasi.

    Walaupun adakalanya berlaku sedikit hiccup yang disebabkan oleh faktor   3M iaitu Man, Machine dan Method seperti masalah tenaga kerja, kerosakan lori dan strategi operasi yang kurang tepat, kesemua masalah ini akan segera ditangani oleh KDEBWM dalam tempoh 24 jam, selaras dengan SOP mereka bahawa semua aduan berkaitan kutipan sampah akan diselesaikan sesegera mungkin tidak melebihi 24 jam dari masa aduan tersebut diterima.

    Di PBT yang melibatkan kawasan YB Puan Rozana, iaitu di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) , purata jumlah aduan sebenar yang diterima dan direkodkan oleh Centralized Command Center (CCC) KDEBWM  adalah adalah sebanyak lima (5 ) aduan sehari dan 90% daripadanya adalah aduan bagi skop pembersihan.  Ini menjadi indikator utama bahawa prestasi kutipan sampah oleh KDEBWM di MDKS adalah pada paras yang baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.