Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

164) PRESTASI PELABURAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah prestasi pelaburan pada 2019 menepati sasaran yang ditetapkan Kerajaan Negeri Selangor?

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2019, sebanyak 132 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM5,965,124,862 (RM5.97 bilion) Dari jumlah ini, Kerajaan Negeri berkeyakinan sasaran pelaburan sebanyak RM10 bilion akan mampu dicapai pada penghujung tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.