Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

62) PRESTASI PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri sering berbangga dengan prestasi pelaburan negeri dari luar atau dalam negara yang menggalakkan. Apakah sasaran dan bagaimanakah prestasi pelaburan negeri setakat pertengahan 2011?

    Kerajaan Negeri melalui SSIC Berhad mensasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM 10 bilion bagi tahun 2011. Bagi tempoh Januari hingga April 2011, sebanyak 80 projek perkilangan telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 3,193,884,013. Dari jumlah ini sebanyak RM 1,608,638,345 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1,585,245,668 adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 4,621 peluang pekerjaan telah diwujudkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.