Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

52) PRESTASI PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi dan status pelaburan di Negeri Selangor berikutan daripada kemunculan virus Coronavirus?

    Prestasi sektor pelaburan di negeri Selangor terus menunjukkan angka yang memberangsangkan. Statistik terkini menunjukkan negeri Selangor mengekalkan reputasi sebagai negeri pilihan utama pelabur di negara ini apabila merekodkan pelaburan RM16.4 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2019, iaitu dua kali ganda berbanding tempoh masa sama pada tahun 2018 yang hanya mencatatkan sebanyak RM8.3 bilion mengikut sumber yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Walau pun dunia dikejutkan dengan penularan wabak Coronavirus, namun Kerajaan Negeri tetap optimis dapat mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM12 bilion pada tahun ini. Jangkaan awal adalah wabak ini berpotensi untuk memberi kesan terhadap pelaburan asing ke Negeri Selangor. Namun begitu, kesan langsung Coronavirus terhadap prestasi dan status pelaburan di Negeri Selangor pada masa ini agak sukar untuk dinilai kerana penularan wabak tersebut masih di peringkat awal dan kesannya masih belum dapat diukur dalam tempoh ini. Semakan akan dibuat dalam tempoh dua bulan lagi dan Kerajaan Negeri tidak menolak sekiranya berlaku penyusutan pada nilai pelaburan itu memandangkan masalah ini bukan sahaja dihadapi di Selangor malah seluruh dunia.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.