Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

111) PRESTASI PENGERUSI PENGGERAK BELIA TEMPATAN DUN HULU KELANG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi Pengerusi Penggerak Belia Tempatan di zon-zon di DUN Hulu Kelang bagi tahun 2017?

    Zon di Dun Hulu Kelang terdiri daripada Zon 1,2,3 & 4

    Zon1

    Kurang aktif. Hal ini berikutan lantikan pengerusi baharu pada awal tahun disebabkan pengerusi lama telah berpindah ke Negeri Johor.

    Zon 2

    Aktif sepanjang tahun dari segi tuntutan elaun dan melaksanakan program seperti berikut :-

    • Tukar Minyak Hitam Percuma
    • BBQ Belia

    Zon 3

    Aktif sepanjang tahun dari segi tuntutan elaun dan melaksanakan program seperti berikut :-

    • Program Himpunan Kelab Kelab Motosikal Anak Anak Muda
    • Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah

    Zon 4

    Aktif sepanjang tahun dari segi tuntutan elaun dan melaksanakan program seperti berikut :-

    • Pengurusan Kewangan Peribadi
    • Ride To Jannah

Lampiran

Tiada Lampiran.