Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

35) PRESTASI PENJAWAT AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan langkah-langkah yang dirancang kerajaan negeri untuk meningkatkan prestasi penjawat awam di Selangor

    Antara langkah-langkah yang dirancang Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan prestasi Penjawat Awam Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

    memberikan latihan-latihan peningkatan kemajuan kerjaya kepada semua Penjawat Awam Negeri Selangor. Ini bertujuan bagi melahirkan Penjawat Awam yang kompeten dan mempunyai nilai tambah agar lebih diterima bagi menyandang jawatan-jawatan yang lebih tinggi demi kemajuan kerjaya di masa akan datang. Bagi tujuan tersebut, semua penjawat awam diwajibkan menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari

     

    Menyediakan pinjaman boleh ubah kepada Penjawat Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana secara sambilan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri

     

    Menaikkan pangkat secara khas untuk Penyandang (KUP) bagi anggota Kumpulan Pelaksana Gred 1 – 40 selepas 13 tahun berkhidmat di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Inisiatif ini mampu meningkatkan jumlah emolumen bulanan dan motivasi kerja anggota yang

     

    Melantik pegawai kontrak yang telah lama berkhidmat ke gred jawatan naik pangkat setelah mereka genap 10 tahun perkhidmatan kontrak bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 14 tahun bagi Kumpulan Pelaksana. Melalui kaedah ini, pegawai lantikan kontrak akan menerima kenaikan gaji di gred baru termasuk elaun-elaun

     

    Menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013, gaji minimum anggota perkhidmatan awam secara keseluruhannya telah dinaikkan dengan mengambil kira perkembangan keadaan ekonomi semasa. Selain itu, kelayakan minimum pelantikan anggota perkhidmatan awam juga telah dinaikkan ke Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum

     

    Melaksanakan Amalan 5S di semua ruang kerja jabatan dan bahagian di bawah Kerajaan bagi memastikan semua penjawat awam bekerja dalam keadaan kondusif dan

     

    Melaksanakan pensijilan MS ISO bagi prosedur-prosedur tertentu di setiap jabatan dan bahagian di mana ia akan memudahkan penjawat awam melaksanakan tugasan kerana adanya standard templete dan peraturan yang seragam. Melalui pensijilan tersebut, penjawat awam dapat menjalankan tugas dengan lebih licin dan teratur.

     

    DYMM Tunku Sultan Selangor turut menganugerahkan Bintang, Pingat dan Darjah Kebesaran kepada penjawat awam pada setiap tahun bersempena sambutan Hari Keputeraan Baginda bagi menghargai sumbangan yang diberikan oleh penjawat

     

    Menganugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada penjawat awam yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang di mana mereka diberikan insentif dalam bentuk Sijil Simpanan Premium BSN sebanyak RM1,000.00 dan sijil penghargaan.

     

    Insentif pemberian komputer tablet dan telefon bimbit kepada semua pegawai Gred 41 ke atas bagi memudahkan urusan kerja sekiranya berada di luar daripada

     

Lampiran

Tiada Lampiran.