Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

184) PRESTASI PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR(PKPS)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan dalam mempertingkatkan prestasi PKPS memandangkan kebanyakan projeknya masih menanggung kerugian?

    PKPS memberi penumpuan kepada dua aspek penting bagi meningkatkan prestasi pengurusan pentadbiran dan projek. Dari sudut pengurusan pentadbiran, langkah-langkah yang diambil oleh PKPS ialah dengan memberi penumpuan kepada dasar penjimatan dan pengecilan saiz operasi. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kos pengurusan yang terpaksa ditanggung oleh PKPS.

    PKPS juga  telah menutup bahagian-bahagian  yang tidak berfungsi seperti Bahagian Pemasaran dan Bahagian Ameniti Sosial. Dari aspek perniagaan pula, PKPS telah menutup projek-projek yang tidak menguntungkan  serta mengalami kerugian  secara berterusan. Antara anak-anak syarikat yang telah diberhentikan operasinya ialah PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd., MAIS Food Industries Sdn. Bhd. dan Baytown Sdn. Bhd.

     

    PKPS juga telah mempunyai perancangan dengan memberi penumpuan kepada sektor perladangan kelapa sawit yang merupakan core business kepada PKPS. PKPS  akan meningkat dan menambahkan lagi keluasan penanaman kelapa sawit dari semasa ke semasa. Di samping itu juga, PKPS akan memberi penumpuan kepada penanaman tebu di Mukim Api-api, ubi kayu dan nenas di Mukim Ulu Tinggi, Daerah Kuala Selangor selain daripada menjalankan aktiviti yang mendapat keuntungan segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.