Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

200) PRESTASI PERDAGANGAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang jenis perdagangan sasarannegeri Selangor?

    Pelan jangka pendek dan jangka panjang jenis perdagangan sasaran Negeri Selangor adalah seperti berikut;-

    Bil. Dasar Strategi
    1. Mengekalkan sektor perindustrian dan perdagangan sebagai sektor penyumbang utama kepada KDNK Negeri. Mengekalkan prestasi pelaburan dengan sasaran pelaburan sebanyak RM8 bilion setahun.
    2. Meningkatkan program promosi Penambahan peruntukkan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) Dan Pengangkutan sebanyak RM10 juta bagi tahun 2015.
    3. Menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru. i.          Menggalakkan penglibatan pemaju swasta.

    ii.          Cadangan pembukaan kawasan industri baru oleh pihak Kerajaan Negeri dan pemaju swasta dengan berkonsepkan gated & guarded.

    4. Menjadikan Selangor sebagai Pusat Perdagangan Menggalakkan pertumbuhan aktiviti perdagangan menerusi program-program pameran dan kerjasama dengan dewan-dewan perniagaan tempatan.
    5. Membantu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) meluaskan pasaran ke peringkat global Menggalakkan penglibatan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dalam aktiviti e-commerce.
    6. Selangor sebagai Pusat Perdagangan (Trading Hub)

     

    Mensasarkan perdagangan sebagai aktiviti utama dan menjadikan Selangor sebagai Pusat Perdagangan (Trading Hub)
    7. Konsep Mesra Pelabur   i.   Mengadakan pertemuan dengan pihak pelabur, kedutaan asing serta dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi mendapatkan maklum balas dan mewujudkan networking.

    ii.   Membantu menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

    iii.   Membantu mempercepatkan proses kelulusan projek dan perlaksanaan pembangunan.

    iv.   Menyediakan maklumat sebagai bahan rujukan para pelabur.

    v.   Menyediakan kawasan industri yang selesa dan kondusif

    vi.   Mempertingkatkan keberkesanan Industrial Park Management Committee dalam membantu menyelesaikan isu berbangkit.

Lampiran

Tiada Lampiran.