Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

255) PRESTASI PERKHIDMATAN DAN SISTEM PENYAMPAIAN JABATAN KERAJAAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara detail bagaimanakah pencapaian dan kepuasan pelanggan terhadap prestasi perkhidmatan dan sistem penyampaian Jabatan-jabatan Kerajaan?

    Dalam usaha Jabatan dan Agensi kerajaan di Negeri Selangor untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kualiti sistem penyampaian ke arah perkhidmatan yang bermutu dan pengurusan awam yang baik dan telus, kaedah pengukuran kajian kepuasan pelanggan telah dilaksanakan sekurang kurangnya sekali setahun bagi setiap jabatan dan

     

    Beberapa kaedah telah diguna pakai bagi mendapatkan respon kepuasan pelanggan iaitu melalui kaedah prosedur MS ISO 9001 : 2008 , kajian secara online , audit nilai, borang maklum balas selepas pelaksanaan kerja dan respon kepada pelanggan yang hadir ke jabatan. Penilaian dan pencapaian kepuasan pelanggan di nilai berdasarkan beberapa indikator seperti kemudahan fizikal yang kondusif, penyampaian iaitu kebolehpercayaan dan responsif serta penilaian emosi iaitu layanan yang adil mesra dan menghormati.

     

    Berikut adalah butiran terperinci pencapaian tersebut berdasarkan maklum balas yang diterima dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.