Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

278) PRESTASI PERKHIDMATAN DAN SISTEM PENYAMPAIAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan sejauh manakah prestasi perkhidmatan dan kepuasan pelanggan terhadap sistem penyampaian oleh Jabatan KNS

    Jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kualiti sistem penyampaian. Kaedah pengukuran kajian kepuasan pelanggan telah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi setiap jabatan dan agensi untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan pengurusan awam yang baik dan telus.

    Beberapa kaedah telah diguna pakai bagi mendapatkan respons kepuasan pelanggan iaitu melalui kaedah prosedur MS ISO 9001:2015, kajian secara online, audit nilai, borang maklum baas selepas pelaksanaan kerja, respon daripada pelanggan yang hadir ke jabatan/e-rating dan mystery shopping. Penilaian dan pencapaian kepuasan pelanggan di nilai berdasarkan beberapa indikator seperti kemudahan fizikal yang kondusif, tempoh masa tindakan, cara layanan diberikan, jaminan perkhidmatan iaitu kebolehpercayaan dan responsif serta penilaian emosi iaitu layanan yang adil mesra dan menghormati.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.