Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

155) PRESTASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Pakatan Rakyat telah melaksanakan polisi pentadbiran di PBT-PBT di negeri Selangor lebih dari setahun lepas. Adakah dibuat penyelidikan tentang polisi pentadbiran PBT di bawah Pakatan Rakyat kini lebih baik atau sebaliknya dari semasa di bawah pentadbiran BN?

    Buat masa ini belum ada kajian khusus dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk mendapatkan persepsi penduduk atau masyarakat tentang polisi pentadbiran PBT di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, berdasarkan maklum balas yang diterima oleh Exco dan ADUN Pakatan Rakyat semasa majlis-majlis bersama penduduk, masyarakat pada keseluruhannya telah menyambut baik polisi dan pembaharuan pentadbiran PBT yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.